Sedih sangat dengar kisah kehidupan pakcik Jeffri, baik sangat orangnya, mengalir air mata ketika bawa dia beli makanan di kedai, terima kasih ramai sangat pihak yang bantu pakcik Jeffri, ahli keluarga, orang kampung dan pihak berwajib semuanya terima kasih ya 🤍 #fyp #adrianedy
Menangis semalam tengok video abang Jeffri, terfikir macam manalah dia makan, harini syukur sampai ke Perak dan bertemu dengan abang Jefri, sempat bantu dia serba sedikit, abang Jefri anak yatim piatu, kadang kalau tiada duit, dia tahan lapar dan tunggu orang bagi makanan di tepi jalan 😭 #fyp #adrianedy
Tadi bila tengok galeri gambar di telefon, edy ternampak gambar ni, mungkin ada hikmah kenapa tertangkap moment ni, ini adalah moment di mana edy sudah mahu pergi bayar barang barang yang pakcik Jefri pilih dan tanya dia untuk terakhir kali , “ada apa apa lagi pakcik mahu beli? Kalau tidak kita pergi bayar lah ya. Dia pandang dalam peti sejuk tu dan tenung sesuatu, lalu pakcik Jefri kata , boleh pakcik ambil yogurt ni? Boleh pakcik ambil lah tapi rumah pakcik mana ada peti sejuk, nanti basi, tidak apa nanti pakcik sampai rumah pakcik makan terus, lama sudah pakcik teringin makan ni tapi sebelum ni mampu tengok tengok saja kalau masuk kedai sebab tiada duit mahu beli 😭 #fyp #adrianedy
Syukur bertemu dengan YB @Syed Saddiq & kak @Bella Astillah , dua insan yang banyak memberi inspirasi kebaikan kepada ramai orang, doakan ya nanti akan bersama kak Bella dan YB buat misi bantuan di Sabah khususnya di pedalaman 🤍 #fyp #adrianedy #bass
Bertemu dengan idola anak muda dalam dunia gaming @Soloz , baik dan rendah diri orangnya, banyak memberi inspirasi kepada ramai anak muda khususnya, sempat bincang bincang mengenai misi bantuan bersama di Sabah nanti, doakan ya semua 💪🏻 #fyp #adrianedy
Inside match di Brunei 🇧🇳, syukur dapat main bola di Brunei, dapat jumpa kawan kawan baru di sini , nanti ada rezeki edy mahu main bola di sini lagi 🤍 #fyp #adrianedy
Sedih dan sebak tengok adik adik di Sk Ruminding berlatih menggunakan kayu, sekolah ni terletak di pedalaman, kita hadiahkan pagar baru buat mereka berlatih, adik adik ni semua sangat berpotensi besar, gembira dan bersemangat mereka bila dapat alat latihan baru 🥺 #fyp #adrianedy
Kita ziarah uncle Minal yang tinggal seorang diri, dulu dia pernah kemalangan dan sejak dari itu tidak dapat berjalan, dia tiada kipas, kita bantu serba sedikit dari segi keperluan dapur, kipas, tilam bantal dan lampu solar buat uncle Minal 🤍 #fyp #adrianedy
Gembira sangat apabila kita dapat buat adik Jessy tersenyum, haritu cikgu Jessy bagitahu yang kasut dia sudah rosak, pernah haritu ketika sedang berlari terbuka tapak kasut, kita hadiahkan kasut baru buat adik Jessy, dia sangat berbakat dalam sukan lompat berpagar 😍 #fyp #adrianedy
Syukur bertemu dengan insan hebat yang edy sangat hormati YB @Syed Saddiq , insan yang banyak berkorban buat rakyat khususnya di Muar , banyak yang edy belajar daripada cara cara YB melakukan kerja kerja kebajikan, terima kasih YB kerana terus menjadi inspirasi kepada ramai orang, semoga YB terus sihat dan kuat untuk berkhidmat kepada rakyat. Doakan ya, nanti edy akan bersama sama dengan YB buat misi bantuan di Sabah, bantu mereka yang memerlukan khususnya di pedalaman. #fyp #adrianedy
Syukur kita ke SK Ruminding dan bawa sedikit hadiah buat adik adik di sini, sekolah ni terletak jauh di pedalaman, murid hanya ada 17 orang sahaja, dulu pernah ada 4 orang sahaja murid di sini, cantik sekolahnya di tepi ada sungai, semoga adik adik di sini akan berjaya 🤍 #fyp #adrianedy
Sebak terharu bila bertemu dengan kakak Paltini, dia tunggu di tepi jalan untuk bertemu dan bergambar dengan edy, masa pertama kali bertemu edy tiada bawa hadiah, kedua kali kita berjumpa lagi dengan kakak Paltini dan beri dia kejutan ❤️ #fyp #adrianedy
Sedih sangat ziarah abang Harry yang tinggal seorang diri di sebuah pondok jauh di atas bukit, agak jauh juga mahu ke pondok dia, abang Harry OKU Pekak, dia tidur dan masak semua di situ, baik dan senyum saja dia ketika kita melawat dia 🥺 #fyp #adrianedy
Selamat hari lahir yang ke 100 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad, @chedetofficial seorang negarawan yang sangat edy hormati dan sanjungi, terima kasih Tun sudi bertemu dan tanda tangan di baju edy, edy akan ingat “golden moment” ini sampai bila bila. Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad atas segala jasa dan pengorbanan Tun terhadap negara Malaysia, semoga Tun akan sentiasa sihat selalu bersama keluarga tersayang, dipanjangkan umur, hanya Tuhan yang mampu balas segala kebaikan Tun 🤍 #fyp #adrianedy
Haritu semasa balik dari misi bantuan, ternampak kakak Paltini tunggu di tepi jalan untuk bergambar, sanggup dia naik dari bawah rumah ke atas bukit untuk tunggu edy dalam keadaan mengandung lagi, harini kita beri sedikit hadiah buat kakak Paltini ya 🤍 #fyp #adrianedy
Bantu pakcik Zulkifli dan isteri yang tinggal di dalam khemah di tepi kedai, dulu mereka tinggal di dalam kereta, pernah juga tidur di perhentian bas sahaja, syukur ramai yang bantu pakcik dan makcik, mereka penerima bantuan Baitulmal dan pusat Zakat 🤍 #fyp #adrianedy
Berat ujian buat aunty Hasiah dan keluarga di Kg Lajong Kudat, aunty menjaga suaminya yang sakit, tiga orang anak aunty telah meninggal dunia, kadang dia kata rasa sunyi dan rindu akan ketiga mendiang anaknya, mereka semua anak syurga , semoga aunty Hasiah terus kuat 🤍 #fyp #adrianedy
Terima kasih semua kawan kawan di Brunei, syukur dapat jumpa ramai orang baik baik, teruskan buat kebaikan ya, nanti Edy datang Brunei lagi ya, jaga diri semua 🤍🇧🇳 #fyp #adrianedy