Pada 14 Februari, hari ini, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan dengan menetapkan waktu balik pekerja pada hari Jumaat bulan Ramadan lebih awal, 12.30 tengah hari. Difahamkan, membolehkan penjawat awam meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan memuliakan hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. “Dan saya berharap semua akan menunaikan sembahyang fardhu Jumaat. Jangan siapa-siapa ponteng pula.” Titah Sultan Pahang, keputusan ini turut dipersetujui serta diluluskan oleh Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Februari lalu. #NaraViral #NaraTrending #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia
Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang anak menghadiahkan telefon bimbit baru kepada bapanya. Dalam video tersebut, si bapa kelihatan terkejut dan tersenyum gembira, yang membuatkan netizen terharu dengan momen tersebut. Netizen memuji usaha anak tersebut kerana menghargai jasa bapanya, serta menzahirkan rasa sebak melihat reaksi ikhlas si bapa. Ada yang berkongsi pengalaman serupa dalam menghargai ibu bapa masing-masing. Momen kecil ini menjadi peringatan tentang pentingnya menghargai orang tersayang. Apa pendapat korang tentang kejutan istimewa macam ni? #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Guru wanita yang dikenali sebagai ‘Teacher Sya’ yang tular sebelum ini dilaporkan telah mengeluarkan notis tuntutan terhadap seorang ibu kepada murid yang hilang di kawasan sekolah. Menerusi Facebook, ‘Teacher Sya’ mengeluarkan notis tuntutan kepada ibu berkenaan kerana telah menyebarkan fitnah sehingga menjejaskan reputasinya. Wanita tersebut menuntut pampasan sebanyak RM500,000 sebagai ganti rugi atas kerosakan reputasi dan kecederaan emosi yang dialaminya sejak isu tersebut tular. Notis tuntutan berkenaan turut meminta pemberhentian serta-merta segala bentuk gangguan dan penerbitan kenyataan fitnah tentang dirinya. "Sebenarnya benda ini sangat kecil bagi saya dan boleh diselesaikan dengan cara baik. Saya bukannya seorang yang kejam. Tetapi apabila maruah saya sebagai guru dipijak-pijak seperti tiada harga, muka saya ditularkan seperti saya tiada ibu bapa di kampung untuk melihat." Tulis ‘Teacher Sya’. membuat notis tuntutan itu merupakan jalan terakhir daripadanya untuk pihak berkenaan dan berharap agar perkara ini menjadi iktibar untuk semua netizen. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment