Muhammad Syuqur Ahmad, 24, kelihatan pilu menanti jenazah isteri, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, dan anak mereka, Muhammad Iman Irfan Muhammad Syuqur, yang berusia 15 bulan, di perkarangan Forensik Hospital Manjung, hari ini. Nor Fadhilah, seorang suri rumah, dan anaknya maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi tadi. Tekan link untuk berita penuh.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Pempengaruh media sosial yang lebih dikenali sebagai Man Kulim, dilaporkan meninggal dunia hari ini. Tekan link untuk berita penuh.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kesal dengan tindakan jemaah yang bertindak kasar ke atas lelaki yang mencetuskan suasana tidak senang di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, pada 1 Jan lalu. Tekan link untuk berita penuh.
Pesawat Azerbaijan Airlines J2-8243 dilaporkan terhempas di kawasan berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan. Dilaporkan pesawat itu sedang berada dalam perjalanan dari Baku ke Grozny, membawa 67 penumpang termasuk lima anak kapal.
Seorang lelaki sindrom down sesat selepas menyelamatkan diri dari serangan rejim Zionis Israel. Difahamkan lelaki itu berasal dari Selatan Gaza dan sesat di Utara Gaza, selain terdapat kesan gigitan anjing di bahagian badannya.
Hujan lebat di Ipoh, Perak mengakibatkan Taman Fairpark dilanda banjir termenung, hari ini. Turut dilaporkan taman tersebut tidak pernah dilanda banjir sebelum ini.
“Abah, sakit! Mata tak nampak!” Prosiding perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis berpangkat DSP yang didakwa membunuh seorang pelajar SMK Taman Jati, pada 15 Disember 2023, telah memasuki hari ke-11. Tekan link untuk berita penuh.
Jenazah Bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin tiba di Masjid Wilayah Persekutuan, kira-kira jam 3.44 petang, untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir, Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim yang juga wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Seorang kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham, yang sebelum ini menghidap kanser mata tahap empat, meninggal dunia pada malam tadi. Alisa yang berusia setahun 11 bulan telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 10.30 malam tadi. Tekan link untuk berita penuh.
Replying to @yza🇲🇾❤️🇵🇸🇾🇪🇸🇾 Lima sekeluarga yang maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Ayer Keroh malam tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi, malam ini. Jenazah Fadzlenna Ramli, 32, dan anak bongsunya Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, ditempatkan dalam satu liang lahad, manakala suaminya Khairul Ikhwan Mazupi, 32, serta ibu dan bapa Fadzlenna iaitu Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69, dikebumikan dalam tiga liang lahad berasingan pada 7.45 malam.
Alhamdulillah, nasib baik tiada kemalangan jiwa. Sebuah lori tanah terbalik semasa ingin mengelak daripada terlanggar kereta Myvi, di Kampungg Kuala Lesong Kuala Ketil, Kedah, hari ini.
Replying to @tykh azmn Rakyat Syria di Malaysia berkumpul di Kedutaan Syria di ibu kota, bagi meraikan jatuhnya kerajaan 'tirani' Bashar al-Assad selepas kumpulan pejuang Syria, telah mengambil alih kota Damsyik.
“Ingatlah Allah, maka engkau akan mendapati-Nya di hadapanmu”. Seorang penumpang pesawat Azerbaijan Airlines sempat merakam detik-detik cemas sebelum pesawat berkenaan terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan. Menerusi video tersebut, penumpang terbabit juga mengucap dua kalimah syahadah dan tidak henti-henti berdoa dan tawakal kepada Allah SWT. Beliau antara penumpang yang terselamat dalam nahas berkenaan.
Hukuman sebatan atau takzir terhadap individu pertama di Terengganu yang melakukan kesalahan khalwat berulang, akan dilakukan di Dewan 'Aasim, Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di Kuala Terengganu, selepas solat Jumaat hari ini.
Replying to @Anggun Che Tunggal Jenazah pemandu bas, Noorisnien Khamid, 58, yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara, berdekatan kawasan Ayer Keroh, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, petang tadi.
Kucing jalanan di Gaza memakan mayat rakyat Palestin yang dibunuh tentera Israel. Selepas dibunuh, mayat dibiarkan dalam keadaan terhina dengan Israel mengugut untuk menembak rakyat Palestin yang cuba mendekati mayat. Jika ini perkara biasa bagi anda, boleh terus pejamkan mata dan tidak buat apa-apa.